Anggota majlis Khubregan Rahbari mengkritik persepsi beberapa media dengan mengatakan, “Kadang-kadang liputan berita tentang zaman kezuhuran boleh merosakkan imej mahdawiyat”.Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Sempena ulangtahun kelahiran Imam Mahdi, Ayatullah Muhammad Emami Kashani dalam khutbah Jumaatnya mengingatkan tentang kemunculan era pemerintahan yang penuh dengan keadilan dengan mengatakan, “Pemerintahan dunia yang adil bukanlah suatu piawai harapan, bahkan ia merupakan subjek yang jelas dan pasti berasaskan argumentasi ilmiah dan sunnah Ilahi.”Kata beliau lagi, “Secepat mana pun dunia ini mencapai kemajuan, masalah informasi dan anti-perisikan adalah sangat penting. Saya harap Tuhan sentiasa bersama pasukan Kementerian Maklumat sehingga kemajuannya berada di jalan keredhaan Allah, kegemilangan negara, penyingkiran fitnah dan semua gerakan perisikan kian mencapai kejayaan.”Mengenai isu doa Imam Zaman yang didakwa mempunyai manfaat untuk kekayaan, beliau berkata, “Bagaimana mungkin Tuhan menjadikan seseorang fakir itu menjadi kaya dan tidak memerlukan? Sudah tentu ini hanyalah sebuah perancangan yang luas, iaitu program untuk keluaran dalam negara.”Tentang rakyat Iran yang rancak menyediakan persiapan kezuhuran Imam Mahdi, beliau berkata, “Dengan melihat kemeriahan ini, dunia Barat hendaklah berfikir dua kali tentang rakyat Iran, dan mereka hendaklah mengetahui bahawa rakyat Iran menunggu janji dan matlamat perjalanan dunia ke arah situasi yang diinginkan.“Bangsa ini tidak akan pergi ke arah kehinaan, meskipun begitu di zaman kerajaan Iran di bawah kekuasaan Barat kehinaan ini pernah wujud di mana dengan revolusi Imam Khoimeini, zaman ini telah berlalu pergi dan hari ini bangsa Iran menanti orang yang di janjikan (Imam Mahdi).”Di akhir khutbah, beliau mengkritik beberapa media yang membuat liputan tentang zaman kezuhuran dengan berkata, “Kadang-kadang sebahagian realiti dalam laporan berita tentang hadis-hadis zaman kezuhuran berkemungkinan boleh mencemarkan asas Mahdawiyat itu sendiri.“Contohnya kematian raja Saudi, biar sebanyak mana pun hadis menceritakannya, namun sebenarnya belum tentu ia menunjukkan perkara itu.”“Hadis tentang perkara ini benar dan bersanad, namun membuat liputan untuk setiap peristiwa dengan riwayat yang dinukilkan adalah tidak benar, ini disebabkan zaman kezuhuran itu adalah belum dapat dipastikan.”